Sir
Samuel Morland, seorang pencipta berbangsa
England, dikatakan menggunakan
ubat bedil untuk memacu pam air pada abad ke-17. Bagi
enjin pembakaran dalam salingan yang lebih biasa digunakan, teori asas bagi
enjin dua lejang diwujudkan oleh
Sadi Carnot dari
Perancis pada tahun 1824, sementara
Samuel Morey dari
Amerika Syarikat meraih
paten pada
1 April 1826. Sir Dugald Clark (1854 – 1932) mereka enjin dua lejang pertama pada tahun 1878 lalu mempatenkannya di England pada tahun 1881. Penghasilan automotif telah menggunakan pelbagai sistem penukaran tenaga, termasuk
enjin stim,
solar,
turbin, putaran, dan enjin pembakaran dalam ber
omboh. Enjin pembakaran dalaman petrol yang ber
enjin empat lejang menjadi kelaziman dalam
kereta, manakala enjin diesel pula digunakan untuk lori dan bas.
Karl Benz ialah salah seorang peneraju pembangunan enjin-enjin baru. Pada tahun 1878, beliau mula mengerjakan rekaan-rekaan baru. Beliau menumpukan segala usahanya untuk mencipta enjin dua lejang petrol yang lebih berkuasa, berasaskan rekaan enjin empat lejang
Nikolaus Otto. Apapun, Benz membuktikan kehebatannya melalui ciptaan demi ciptaan yang didaftarkan ketika mereka piawaian penghasilan enjin dua lejangnya. Benz diberi paten pada tahun 1879.
No comments:
Post a Comment